Cara Minum ESP Shaklee Yang Patut Anda Tahu!

Assalamualaikum dan morning kachak dan gojes!!

Bulan ni..memang ramai betul order dengan sy ESP Shakle..alhamdulillah rezeki murah. so terbukti ESP memang hot seller rupenye..sy sendiri pn amalkan..sedap dan sy suka..

Kachak dan gojes patut tau yg ESP ni bukan untuk ibu yg mengandung dan bersalin je..tp untuk semua..lelaki boleh perempuan pn boleh tau! da alang-alang beli share pn tak pe..jimat kn..


Kenapa ESP hot??

1) ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
2) ESP menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan kecantikkan payudara anda
3) ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih
4) Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan merupakan salah satu milkbooster yang hebat
5) ESP juga membantu menghaslkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
6) Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
7) Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan.
8) Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.
9) Berkesan mengurangkan eczema dan masalah kulit



Resepi ESP yg kachak dan gojes boleh try!!

1) 1 sudu bancuhan ESP + Air Suam (jangan bancuh dengan air panas tau!)

2) 1 sudu bancuhan ESP + Fresh Milk (Susu kotak atau susu tepung)

3) 1 sudu bancuhan ESP + Milo

4) 1 sudu bancuhan ESP + Twister Oren

5) 1 sudu bancuhan ESP + Fresh Milk + kurma
(kurma tu rendamkan dulu dan boleh potong saja kecil2 mahupun blend)

6) 1 sudu bancuhan ESP + Ribena

7) 1 sudu bancuhan ESP + Nesvita 3 in 1

8) 1 sudu bancuhan ESP + Susu Anmum

9) 1 sudu bancuhan ESP + campuran buah-buahan dan blend
(boleh pilih buah kegemaran anda)

10) 1 sudu bancuhan ESP + Horlicks

11) 1 sudu bancuhan ESP + Nestle Bliss

12) 1 sudu bancuhan ESP + Meashake/Performance Drink/Cinch Shake


Cadangan Sukatan dan Waktu Minum ESP

Sukatan : 1 sudu besar ESP + Air Kegemaran Anda (jgn lebih 3x sehari ye..)



ni antara yg sy suka minum ESP + oren


dan ini...ESP + strawberry susu (segarnye...)


Tips ESP
  1. Jangan bancuh dengan air panas, air kafein atau air berkarbonat sebab boleh hapuskan nutrisi
  2. Jangan ambil lebih dari 3 sudu sehari kerana ini akan membebankan ginjal
  3. Gunakan tumbler atau shaker atau botol tupperware untuk menggoncang/SHAKE bancuhan ESP untuk lebih mudah larut. Kalau guna sudu sahaja, nanti tak semua yang larut, jadi berketul-ketul
Macam sy..sy suka minum ESP waktu pagi..sebab sy rasa boleh kenyang kalau tak sempat nak makan..so ape lagi jom try! kulit cantik, sihat..ehhh..boleh diet sekali

ape lg..
Jangan segan-segan tanya pada saya untuk maklumat lanjut
Hubungi Sal, SID : 1071574
Whatsapp/sms : 013-7138717 / 018-2171178
COD sekitar Kemaman, Terengganu & Kuala Lumpur
Juga penghantaran seluruh Malaysia



Tazkirah Jumaat #1






Saya Bermotivasi

24/11/2013



Sy kena hadiri half day talk DatukDrMaznahHamid..nk berinovasi katenye..ape yg sy suka nk ingatkan diri sy sendiri sepanjang sy dengar kata-kata beliau ialah :

1. Sematkan pada fikiran anda gambaran diri anda yang berjaya. Minda ‘separuh sedar’ anda akan mencari jalan untuk merealisasikan imej diri ini.

2. Bila fikiran negatif mendatangi minda anda, terus batalkannya, padamkan cepat – cepat,gantikan dengan fikiran positif. Fikirkan Boleh!

3. Jangan sesekali himpunkan halangan dalam imiginasi anda. Imbas kembali kecemerlangan anda pada masa lampau.

4. Jangan mudah terpengaruh atau terpesona dengan orang lain atau cuba meniru mereka. Lengkapkan diri untuk menjadi ‘diri anda’ yang terbaik!

5. Ulangi 10 kali setiap hari, kata – kata ini, “Sekiranya Tuhan sentiasa bersamaku, siapa yang berani merendah atau menidakkan aku!”

6. Dapatkan kaunselor yang berpengalaman untuk membantu anda memahami asal-usul perasaan rendah diri anda yang biasanya berpunca dari zaman kanak – kanak atau sesuatu tragedi. Kefahaman tentang diri sendiri boleh menghasilkan pemulihan yang berkesan!

7. Ucapkan 10 kali setiap hari, ucapkan dengan yakin kata – kata berikut, “Akulah yang boleh melakukan segalanya melalui Tuhan yang memberi kekuatan kepada diriku”. Bayangkan diri anda diserapi kekuatan ini.

8. Anggarkan kebolehan anda secara realistik, kemudian tambahkan anggaran anda sebanyak 10% lagi. Jangan menjadi egoistik, tetapi bangunkan rasa hormat diri sepenuhnya.

9. Melalui doa, serapkan diri anda dengan aliran kuasa spiritual anda. Rasakan diri anda sebagai insan baru yang berkeyakinan.

10. Percayalah bahawa Tuhan sentiasa bersama anda, kerana tiada apa yang dapat mengalahkan perkongsian itu. Semaikan benih percayakan diri dan serlahkan kebolehan anda!


Photo: BILA KITA MESTI BUAT DAN JANGAN BUAT..

Tanpa kita sedari, masa adalah perkara yang selalu kita remehkan. Kita sering menunda atau melengahkan sesuatu kerja yang perlu jika ada mempunyai masa-masa yang terluang. Penggunaan masa adalah yang membezakan diantara orang yang sukses atau gagal. Namun, mengapa ada orang sukses dan orang gagal? Jawapannya bagaimana mereka menyusun dan memanfaatkan setiap masa yang ada. 

Kenalpasti perkara berikut sebelum ‘melabur’ masa anda :

Segera dan penting, MESTI BUAT
Penting tetapi tidak segera, HARUS BUAT
Rutin, boleh diagihkan . AKAN DIBUAT.
Berguna tapi tidak penting. TIDAK SEMESTI DIBUAT.
Tidak perlu sama sekali, JANGAN BUAT

Apabila tugas penting dikenalpasti, tentukan siapakah yang akan melakukannya. Adakah tugasan itu boleh dilakukan oleh orang lain? Adakah anda membuat kerja di bawah kemampuan dan kemahiran anda?

Terdapat 3 cara sahaja untuk menggunakan masa anda dengan lebih berkualiti :

1. Anda hendaklah lebih cekap dalam mengendalikan kerja MESTI dan HARUS BUAT. 

2. Mendapatkan orang lain untuk mengambil alih sebahagian daripada kerja AKAN BUAT. 

3. Menghentikan kerja yang JANGAN BUAT. 

Diharapkan anda tidak menjadi seorang yang suka menunda atau melengah-lengahkan masa kerana anda sendiri yang akan rugi kerana membuang masa itu. Perbuatan seperti itu seperti tidak mensyukuri akan nikmat dan masa yang diberikan. Semoga kita sama-sama tergolong dikalangan orang-orang yang selalu menggunakan masa dengan bijak….


Game Dan Kegilaan

Morning si kachak dan gojes sume...

Kalau dulu sy memang sangat-sangat pelik kenapa orang suka sangat main game..nak-nak Candy Crush..kadang-kadang tu ade yg siap bincang untuk tingkatkan level candy crush..tapi elok je sy beli Galaxy Note 8.0..haaaa...amek kau..sy pn turut terikut-ikut install macam-macam game...

nk tengok??



Sila abaikan gambar chomel sy dan chekgu yer...yg tu tak berkenaan

Tengok tu..ade happy farm, candy crush, plant vs zombie, hotel story, fashion story, bla-bla.....
Now sy da delete happy farm..sgt tak best dan sy da download game baru yg dulu femes kat i-pad..nama game tu hay day..hihi

Happy farm - yg ni game menanam dan deco ladang sendiri (kurang suka sebab terlampau banyak kekangan dalam game ni)
Candy crush - game ni banyak pikir (tp sy suka bunyi choc tu..cam sedap je)
Plant vs zombie - walaupun game ni suka abeskan bateri sy tp tak pe la..best jugak kadang-kadang
Hotel story - macam kartun sket tp tak pe sy suka
Fashion story - yg ni lak jual baju..best jugak walaupun kadang-kadang stuck
Hay day - yg ni yg terbaru sy install lepas sy un-install happy farm..yg ni sy tersuka bila tengok adik sy main kat i-pad die..dulu game ni utk i-pad je

Dalam banyak-banyak game ni sy paling suka hay day dan fashion story..sebab suka bisnes kot..hari-hari nak kena tengok note sebab nak tengok game..siap setting masa..teruk tul kegilaan terhadap game ni..sampaikan chekgu cakap sy tak pedulikan die sebab game..isssshhh mana ade..sy tak wat gitu la

Korang ade tak macam sy?


Oh My Ganu!

ganu


Memandangkan sy org ganu..sy tak nak la lepaskan peluang tgk cite ni..lagipun sy antara peminat cite oh my english!

So ape lagi..tepat kul 9.00 malam tercongok da sy kat depan tv bukak channel 135 maya HD..untuk keseluruhan cite ni sy bagi 4 star!! agak kelakar jugak la..walaupun dialog ganu tak dikira pekat lagi tp lakonan diaorang tetap boleh dipuji..


Oh My Ganu (© astro)


Oh my ganu ni lain skit je sebab ade tambahan watak izzue islam sebagai aiman adik pada cikgu ayu (tiz zaqyah) dan watak zizan sebagai zizang (org ganu kn kalu ckp mesti nk ade g kat belakang)..

I like~~~~

Good job sume!


Wordless Wednesday #1

~~throwback~~
~~kenangan dolu-dolu~~
~~30/03/12~~

Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini tlah ada yang miliki

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini, aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu




Kehilangan

**Refresh**

Lepas raya puasa hari tu cik P tak datang-datang..tp sy biarkan je sebab pernah terjadi cik P lewat datang. perubahan hormon biasa berlaku lepas kawen ni..pernah sy excited nk cek bila cik P lewat 10 hari..hasilnya -ve dan selepas tu elok je cik P datang...kn da kuciwa

Nak dijadikan cerita camne sy disahkan pregnant..dalam 7 hari macam tu cik P lewat dan sy asyik mual bl nk gosok gigi pada waktu pagi tp tak de la sampai muntah. da 2 hari berlanjutan sy jumpa doktor..nk cek la tu kn..

Doktor : awk sakit ape?
Sal : sy tak sakit..sy cuma nk cek sy pregnant ke tak..
Doktor : nape awk nk cek? cik P lambat ke?
Sal : haah..da 7 hari da tp sy nk cek sbb sy rasa mual bl nk gosok gigi
Doktor : ala baru 7 hari..awl lg
Sal : sengih..(dalam ati..ikut suka kite la..doktor ni)

Doktor pn suruh buat pregnancy test...

Doktor : awk rasa result die ape?
Sal : mana sy tau doktor..
Doktor : tahniah..+ve..tp masih baru lagi ni..apa kata awk dtg seminggu lg..sy nk confirm kn. saya akan bagi acid folic untuk awk mkn 
Sal : tq doktor..(dalam ati berbunga-bunga)

Tak sempat sampai seminggu..3 hari je sy da sibuk g beli pregnancy test clear yg digital tu..kononnya nk bagi suprise kat chekgu..

Hasilnya mmg +ve..syukur sgt masa tu..terus bgtau chekgu..chekgu hepi giler. nk lagi confirm..sy gi klinik dan cek sekali lg kat klinik..alhamdulillah

Masa ni sy da banyak pasang angan-angan..nk makan tu nk makan ni..sume untuk baby dalam perut..tp yela sy cuma mampu merancang je..

12/9/13 - sy ke KL bersama chekgu..balik umh mentua..sebenarnya sy nk buat kejutan untuk chekgu sempena besday die..berjaya buat suprise besday. chekgu hepi dan sy pn sama hepi tambah lg ade baby kn..masa ni dari 13/9 - 15/9 aktiviti telampau padat sehingga sy terlupa ade 1 nyawa lg di samping sy..

22/9/14 - sekali lg terpaksa ke KL sebab ade course kali ni drive sendiri..

Lepas tu sy baru perasan kenapa darah asyik keluar je walaupun cuma spot tp asyik ade je..sy mula risau dan jumpa doktor..doktor bagi ubat nk kuatkan rahim..tp darah still keluar sehinggalah sy nekad pergi ke hospital..

Setelah scan..doktor bagitau kandungan sy kecik macam tak cukup umur..siap die kata sy salah kira tarikh..die suruh sy sabar dan banyak doa. doktor suruh datang lg seminggu untuk scan sekali lg

Saya pergi buat buku merah cepat-cepat (sebab masa ni sy da mula rasa tak sedap ati)..kat klinik desa sy dapat macam-macam ubat..semua sy makan demi baby sy..walaupun keyakinan sy mula berkurang..darah spotting lak tak pernah berhenti sehingga lah sy cuba dapatkan pendapat doktor dari klinik..doktor tu bagi pendapat yg sama seperti doktor hospital..sy mula redha

Satu hari tu..saya sakit perut yg amat sangat..sampai sy tertido..bl sy bangun sy tgk darah merah pada seluar sy..sy bgtau chekgu..kami pergi hospital sekali lg..doktor buat ultrasound untuk tgk dengan lebih tepat lagi..kantung sy sudah mula membujur..akhirnya air mata sy menitis..doktor akan buat proses D&C tp disebabkan dewan bedah tutup untuk sementara sy terpaksa tunggu lg seminggu..sy balik umah dengan pikiran kacau..sy nangis smp tertido..alhamdulillah soknye sy da blh terima mcm biasa..sy percaya Allah swt akan bagi yg lebih baik selepas ni..

15/10/13 - sakit mula terasa..nk tunggu dewan bedah hospital buka tak sanggup rasanya nk tahan sakit..akhirnya ayah sy suruh ke specialist hospital..kat sana sy diterangkan secara detail tentang prosedur D&C..doktor bgtau boleh keluar secara natural tp sekiranya tak keluar habis sy tetap akan kena D&C. so sy pikir baik buat D&C je terus..doktor kata proses D&C ni kejap je dan tak sakit sebab kite di bius

16/10/13 - memandangkan sy da pose semalaman jadi proses D&C boleh la dijalankan..saya tak rasa ape-ape pun pendek kata tak sakit la..prosesnya pn cuma 40 minit je. cuma kesan bius je lambat hilang..malam sy da boleh discharge da

Bermula la kisah pantang sy...hihi now da abes pantang da...bolehla consume GLA shaklee dan B complex semula utk dapatkan baby


B Complex



Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.


B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
• B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan
menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada
tenaga.*
• Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.



Kenapa perlu ambil B Complex Shaklee??

1) Menukar makanan kepada tenaga
  • bantu penghadaman
  • menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga
  • mengurangkan masalah keletihan/kelesuan
2) Melawan tekanan
  • memastikan kesihatan fungsi saraf
  • meredakan sakit kepala
  • tekanan
  • kemurungan
  • insomnia
3) Membantu tumbesaran
  • menggalakkan tumbesaran yg sihat & normal bagi bayi & kanak-kanak
  • membantu pembinaan DNA & sel-sel baru
  • mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang
4) Rambut beruban & gugur
  • membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban & mengekalkan kesihatan rambut
5) Baik utk mata
  • mengurangkan masalah keletihan mata
  • mencegah katarak
  • meningkatkan kualiti penglihatan
  • perkasa memori & daya pemerhatian/fokus
6) Mencegah anemia
  • membantu pembentukan sel darah merah yg sihat 
  • merangsang sirkulasi darah dalam tubuh
  • merendahkan paras sistin utk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut
7) Meredakan senggugut
  • baik utk masalah senggugut (PMS)
  • meredakan kerisauan
  • keresahan & masalah penghadaman (terutamanya mereka yg mengambil ubat hormon & ubat tahan sakit)
8) Mencegah perlcche
  • dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mount chilitis)
  • mencegah jangkitan lidah (glossitis)
  • nafas berbau
9) Detosifikasi
  • meredakan alahan

Jangan segan-segan tanya pada saya untuk maklumat lanjut
Hubungi Sal, SID : 1071574
Whatsapp/sms : 013-7138717 / 018-2171178
COD sekitar Kemaman, Terengganu & Kuala Lumpur
Juga penghantaran seluruh Malaysia



Diabetes




Bagi pesakit diabetes, mereka perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan kerana jenis makanan yang dimakan sangat mempengaruhi paras gula darah.

Pengambilan diet harian bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan serta keadaan penyakit anda.

Diet harian mestilah seimbang iaitu mengandungi semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan yang baik dan memberikan tenaga yang mencukupi bagi menjalankan tugas seharian.

Cadangan pembahagian kalori:

30% : Lemak

55% : Karbohidrat

15% : Protein


Matlamat Rawatan Diet

1. Untuk mengawal paras glukosa dalam darah serta mencegah kehilangan glukosa di dalam urin.

2. Untuk mendapatkan atau mengekalkan berat badan yang bersesuaian dengan ketinggian dan umur.

3. Untuk mengekalkan kalori yang mencukupi bagi melaksanakan aktiviti harian.

4. Untuk menjadikan diet yang baru ini sesuai dengan cara hidup pesakit.

5. Untuk melambatkan atau mengelakkan komplikasi Diabetes.


Prinsip asas diet untuk pesakit Diabetes IDDM dan NIDDM adalah sama. Pesakit perlu memahami 3 perkara penting iaitu:

1. Apa yang hendak dimakan

2. Waktu makan yang sesuai

3. Amaun makanan yang boleh dimakan


Apa yang Hendak Dimakan?
Terdapat 3 kumpulan makanan untuk pesakit Diabetes.


1. Makanan yang perlu DIELAKKAN

Makanan/ minuman yang mengandungi gula ringkas. Gula ringkas akan meningkatkan tahap gula dalam darah dengan kadar yang cepat.

Contoh: Gula pasir, gula melaka, gula merah, gula batu, gula-gula, sirap, jeruk, halwa, kuih-kuih manis, susu pekat manis, buah-buahan dalam tin, minuman ringan, coklat, madu lebah, jem (kecuali jem untuk diabetis), semua makanan bersalut gula, dll.


2. Makanan yang perlu DIHADKAN

Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks. Makanan dalam kumpulan ini boleh diambil dalam jumlah yang sederhana banyaknya. Makanan dalam kumpulan ini akan dicerna dan diserap dengan perlahan-lahan, dan dengan ini tidak menyebabkan peningkatan aras gula darah secara mendadak. Pengambilan makanan dalam kumpulan ini haruslah diagihkan pengambilan sepanjang hari, bukan dimakan sekaligus dengan banyak.

Contoh: Nasi, bijirin, biskut, kekacang, susu, pasta, semua jenis mee, semua jenis tepung, semua jenis ubi, buah-buahan/ jus, sayuran berkanji (labu), jagung, serbuk coklat, dll.


3. Makanan yang BEBAS dimakan

Contoh: Air kosong, air mineral, kopi dan teh, air barli, jus limau nipis, sayur-sayuran, ulam-ulaman, cuka, sup, serbuk rempah, serbuk cili, herba, dll.


Pengambilan Serat yang Betul

Serat atau serabut diet boleh didapati dalam bentuk larut (yang larut dalam air – ia membantu melambatkan penyerapan nutrien) dan serat tak larut (tidak dapat dihadam oleh sistem pencernaan – membantu mengelakkan sembelit). Serat yang tak larut boleh digunakan di dalam usaha mengurangkan berat badan kerana ia memberikan kekenyangan. Pengambilan serat larut membantu melambatkan penyerapan gula dan kolesterol ke aliran darah. Saranan pengambilan serat: 30-40gm sehari.

Contoh makanan yang mengandungi serat: Sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijirin, bijirin sarapan pagi, jagung, pasta, dll.


Pengambilan Lemak yang Betul

Jenis lemak yang boleh dimakan adalah amat penting. Terdapat dua jenis lemak:

1. Lemak Tepu: Sumber utamanya adalah dari sumber haiwan iaitu daging yang berlemak, kulit ayam, lemak pada ayam, susu penuh krim, mentega, keju dan dari sumber tumbuhan ialah santan kelapa. Lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap lemak dan kolesterol darah.

2. Lemak Tak Tepu:

a) Lemak Poli Tak Tepu

Jenis lemak ini boleh didapati pada minyak jagung, minyak sayuran, minyak bunga matahari, dan minyak soya. Kajian menunjukkan lemak poli tak tepu boleh menurunkan tahap kolesterol darah. Walaubagaimanapun, pengambilannya perlu dalam kadar yang ‘sederhana’.

b) Lemak Mono Tak Tepu

Dijumpai dalam minyak kanola, minyak zaiton, minyak saflower dan minyak bijan. Kajian terkini mendapati lemak mono tak tepu boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.


Pengambilan Protein yang Betul
Protein diperlukan untuk memperbaiki tisu tubuh dan memastikan pertumbuhan yang sempurna pada kanak-kanak. Pengambilan protein 15% – 20% daripada jumlah tenaga yang diambil adalah disyorkan.

Protein boleh didapati dari sumber bijirin (roti, beras, pasta, tepung, soya serta hasilannya dll) atau dari sumber haiwan (daging, ikan, telur, ayam dan produk tenusu). Ini perlulah diberi perhatian dalam merancang pengambilan diet harian anda.


Pengambilan Vitamin dan Zat Galian yang Mencukupi

Kajian mendapati bahawa kekurangan zat galian seperti kromium dan selenium mempunyai kesan ke atas insiden diabetes. Kromium mempunyai fungsi untuk menyeimbangkan dan membantu mengekalkan gula darah pada mereka yang berisiko tinggi untuk medapat diabetes.

Kajian juga menunjukkan bahawa anti-oksidan seperti vitamin C dan E serta beta keroten (sejenis vitamin A larut air) boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan diabetes.



Sumber: Panduan Pesakit Diabetes, Unit Pendidikan Kesihatan, Hospital Kangar.
Kredit to : celikvitamin.com



Anda dinasihatkan untuk mengambil supplement seperti yg tertera di bawah bagi memastikan program diabetes Shaklee anda 100% berkesan.


Suplemen asas untuk kencing manis ialah seperti berikut:

1. ESP (Energizing Soy Protein) : Berindeks glisemik (GI) rendah. Sangat sesuai utk pesakit diabetes.

2. Vitalea Iron Formula : Imbangan vitamin dan mineral yang lengkap.

3. GLA Complex : Memberi kesan positif kepada diabetic neuropathy.

4. Alfafa Complex : Sumber serat yang membantu menstabilkan gula dalam darah.

5. Vitamin C : Mengukuhkan kapilari dan salur darah.

6. Zinc Complex : Membantu penghasilan insulin & pemulihan luka.
Pesakit kencing manis juga boleh mengambil suplemen di bawah untuk kesan yang lebih baik:

- Vivix
- Cinch Shake Mix
- Omega Guard


Selain amalan pemakanan Shaklee yang konsisten, jangan lupa berdoa dan bertawakal kepada Allah supaya diabetes anda dapat dikawal! INSYALLAH!



Jangan segan-segan tanya pada saya untuk maklumat lanjut
Hubungi Sal, SID : 1071574
Whatsapp/sms : 013-7138717 / 018-2171178
COD sekitar Kemaman, Terengganu & Kuala Lumpur
Juga penghantaran seluruh Malaysia

Apa Itu Alfafa?

Alfalfa merupakan tanaman yang dikenal mempunyai berbagai manfaat kesihatan. Alfalfa (Medicago sativa) termasuk dalam keluarga kacang-kacangan. Tanaman ini dapat tumbuh sampai satu meter dan memiliki bunga kecil berwarna ungu. Tanaman alfalfa memiliki sistem akar sangat dalam hingga mencapai sekitar 4,5 meter. Kerana akar yang menghujam dalam itulah, tanaman ini terkenal tahan kekeringan.

Dipercaya pula, sistem akar yang dalam membuat alfalfa dapat menyerap mineral yang tidak biasa dijumpai di permukaan tanah. Hal ini membuat tanaman ini istimewa sehingga dinamai alfalfa oleh orang Arab yang berarti ayah dari tanaman. Orang Arab menemukan kuda-kuda mereka menjadi kuat dan bugar setelah beberapa lama makan alfalfa.
Alfalfa telah digunakan sebagai ubat herbal sejak berabad-abad dalam perubatan tradisional Cina dan ayurveda.




Apakah kebaikan Alfalfa?

Terkenal untuk merawat 3A 
• Arthritis
• Asthma
• Allergy


Berkhasiat untuk membantu masalah
• Penyakit Usus (Colon disorder)
• Buah pinggang
• Kencing manis
• Melawaskan usus
• Ulcer
• Fluid retention (sembab)
• Kurang selera


Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah 
• Penghadaman
• Pencernaan
• Flatulence
• Abdominal discomfort dikalangan orang dewasa


Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah
• Gastrik
• Penyakit kulit (Eczema)
• Kurang darah (Anemia)
• Sembelit
• Badan, nafas dan kaki berbau


Promotes pituitary gland function


Meneutralkan asid dalam badan
(Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)


Merawat masalah keputihan pada wanita.
Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita & para isteri.


As a galactagouge.
Bagus diambil oleh ibu menyusu, kerana ia meransang dan menambah pengeluaran susu ibu.






Jangan segan-segan tanya pada saya untuk maklumat lanjut
Hubungi Sal, SID : 1071574
Whatsapp/sms : 013-7138717 / 018-2171178
COD sekitar Kemaman, Terengganu & Kuala Lumpur
Juga penghantaran seluruh Malaysia


Dah 26 Hari Rupenye

Assalamualaikum semua...

sape2 yg kenal sal..mesti igt lg blog sal yg lama kn..Mr.Chekgu n Pn.Engineer...da xde da blog tu...sedih kn?? mana peginye blog tu? actually byk sgt probsnye..so sal stop jela n mula dgn blog baru..sng kn xpayah sakit2 kepala pkr..xpela...plz support blog baru sal..baru lagi die lahir tarikh bermulanye blog ni 23/10/13...okey la tu kn...

so nk mtk korang follow sal semula...hahaha

sal wat blog ni pn sbb sal mmg suka menulis..psl ape je...n nk share jugak kelebihan shaklee..bisnes utk masa dpn n makan untuk kesihatan diri..

sal akan bg spesel prize utk kengkawan sal..jom follow sal


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...