Tazkirah Jumaat #3 : Sedekah



Sedekah itu dapat menjauhkan seseorang itu daripada musibah dan juga dapat memanjangkan umur. Maka lakukannya dengan ikhlas.

Jadual Makan Vitamin Shaklee

Ramai customer baru akan tanya sy cara untuk makan vitamin..nak makan waktu bila..berapa biji..tp jangan risau..biasanya sy akan bagitau..Tahukah anda kalau ambil semua sekaligus.. kesannya juga akan berbeza dengan mereka yang mengambil mengikut masa yang disyorkan.. Kenapa?... kerana ada kesan pada kadar penyerapan..

The basic rule are:

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) :
Seeloknya diambil bersama segelas air

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) :
Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

Ostematrix (Kalsium) :
Seeloknya diambil sebelum tidur bersama segelas susu


Nak cerita secara amnya..ada vitamin yg elok diambil waktu pagi morning sebelum breakfast da ade juga yg elok diambil waktu tengahari atau malam sebelum tido sebabnya fungsi vitamin ni tak sama tau..

Secara basicnya:

Waktu pagi sebelum breakfast : Energizing Soy Protein (ESP), Mealshake, Cinch, Performance Drink
Waktu pagi selepas breakfast : B-Complex, Vitamin C, Vita lea, AJHT
Tengahari : Omega Guard, Lecithin, Ostematrik, Alfafa, Garlic
Sebelum makan malam : Zinc Complex
Selepas makan malam : Lecithin, Alfafa
Sebelum tido : Vitamin E, Ostematrik, Herb Lax, Vivix, GLA, Collagen

* Jadual ni flexible yer.. bergantung kat individu masing2. ..cuma nasihat saya..... jangan mkn semua sekaligus...dan pastikan sehari pengambilan air putih adalah sebanyak 2liter sehari..seelok-eloknya jangan makan vitamin bersama dengan kafein tau

* utk pengambilan vitamin selain dari di atas.. insyaAllah saya akan berikan jadualnya ikut keperluan anda ...


Sangat senang kn?? tapi..ade vitamin yg tak boleh makan sekali tau..
Contohnya: 

~ Vita lea tak boleh diambil dengan ostematrik / susu / ESP sebabnya kalsium akan menghalang penyerapan iron oleh usus

~ Alfafa tak boleh diambil dengan Vitamin E dan GLA (GLA pun ade kandungan vitamin E)

~ Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil vita lea sebab vita lea mengandungi iron

~ Kalau ade yang ambil ubat hospital / klinik sebaiknya jarakkan masa pengambilan antara 3 - 4 jam..sebabnya kita mesti tak nak ubat hospital kacau vitamin dan vitamin kacau ubat hospital..


Hubungi sal untuk maklumat lanjut
Pm/wassap : 013-7138717 / 018-2171178
COD area Kemaman, Terengganu & Kuala Lumpur
Juga penghantaran seluruh Malaysia


Banjir Besar Di Kemaman 2013

Speechless...

Selasa, 3/12/13 - chekgu otw nk amek sy balik keje..die kol gtau lambat sket datang sebab jalan jem..jambatan keretapi dekat taman samudera da mula naik air


 
Jalan nak g Taman Samudera


Rabu, 4/12/13 - sy bangun awal pagi..lepas solat subuh terus g tengok keadaan jalan (boleh ke tak nak g keje)..air da mula naik lagi teruk dari tahun lepas melimpah sampai ke taman koperasi perdana..sy tengok air dekat mak lagam pun sama..Ya Allah swt..dugaan tahun ni lagi hebat dari tahun lepas...hujan lak tak henti-henti turun..lepas beli makanan pagi sy terus balik ke umah..tangan sy tak henti-henti skroll tengok orang update status dalam page BandarChukai Kemaman..sume orang tengah bersedih..dalam pada tu saya langsung tak jangka letrik akan terputus sama macam Kuantan..tepat pukul 1 ptg letrik da terputus..kami mula cari lilin..abes kedai g cari lilin tak de (nasib baik ade lagi lilin lama)..orang sume da penuh kat kedai cari stok makanan. mana yang sempat saya capai makanan sy amek..sume stok makanan kat kedai abes..kami da macam meroyan..dua-dua jalan utama terputus..kami da jadi macam pulau..hebatnya dugaan tahun ni

Khamis, 5/12/13 - bekalan air lak terputus

Jumaat, 6/12/13 - adik saya naik bot tambang cari petrol..alhamdulillah dapat walaupun isyak baru sampai ke umah (teruk kena bebel dengan mak sebab risau keselamatan adik)

Sabtu, 7/12/13 - air surut...syukur tp masih ade umah yang tak surut-surut lagi..kami da boleh ke bandar cari bekalan makanan..

Sgt speechless...tengok jela gambar hasil ihsan page Bandar Chukai Kemaman (kamera amatur)..nak tengok lagi boleh la buka page tu..alhamdulillah umah sy & keluarga sy selamat walaupun kami tak boleh keluar berhari-hari












Tazkirah Jumaat #2: Bacaan Doa Selepas Azan Yang Betul

Selepas habis sahaja azan dan iqamah, kita di sunatkan membaca doa selepas azan sebagai mendoakan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.




Allahumma rabba hazihid da' watittamah.
Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.
Wassyarafa waddarajatal 'aliatar rafi'ah.
Wab'athhul maqamal mahmudal lazi wa'adtah.
Innaka laatukhliful mi'ad.



Menjawab seruan Azan:
Jika kita mendengar seruan Azan yang dilaungkan muadzin (tukang azan @ bilal), hendaklah kita menyahut, mengikut atau menjawab apa yang diucapkan dalam Azan yang diserukan oleh muadzin dengan perlahan-lahan, cuma pada bacaan:-

حي على الصلاة دان حي على الفلاح

maka kita ucapkan

لاحول ولا قوة الا بالله

maksudnya "Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali dengan pertolongan Allah"



الصلاه خير من النوم

maka kita ucapkan 

صدقت وبررت

maksudnya "Benarlah dan mendapat kebaikanlah engkau dan aku adalah daripada yang menyaksikan"


Best Ke Tak Best 'Fast & Furious 7' Lepas Ni?

Rasanya da ramai kot yg tau Paul Walker (Brian O'Connor) hero filem Fast & Furious meninggal dalam kemalangan..mesti da tak best kn cite tu pas ni..da la hahn pun da mati..ramai lak yg tak de..agak terkejut dengan berita tu..tp nak wat camne kn..da sampai ajal die..

Ape la nasib cite ni lepas ni...banyak lagi babak-babak filem terbaru die yg belum abes lagi..mesti ade pertukaran jalan cite..


Hero Filem Fast & Furious Mati Kemalangan


Laman web selebriti TMZ melaporkan, kemalangan dahsyat itu berlaku apabila kereta Porsche yang dinaiki Walker hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok sebelum terbakar dan meletup. Walker dan pemandu Porsche dipercayai kawannya, maut di tempat kejadian.

Menurut pengendali Facebook aktor terbabit, Walker ketika itu dalam perjalanan pulang dari menghadiri majlis amal yang diadakan organisasi dinaunginya iaitu Reach Out Worldwide yang sedang mengumpul dana bagi membantu mangsa Taufan Haiyan yang melanda Filipina bulan lepas. – MyNewsHub


Cara Minum ESP Shaklee Yang Patut Anda Tahu!

Assalamualaikum dan morning kachak dan gojes!!

Bulan ni..memang ramai betul order dengan sy ESP Shakle..alhamdulillah rezeki murah. so terbukti ESP memang hot seller rupenye..sy sendiri pn amalkan..sedap dan sy suka..

Kachak dan gojes patut tau yg ESP ni bukan untuk ibu yg mengandung dan bersalin je..tp untuk semua..lelaki boleh perempuan pn boleh tau! da alang-alang beli share pn tak pe..jimat kn..


Kenapa ESP hot??

1) ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
2) ESP menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan kecantikkan payudara anda
3) ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih
4) Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan merupakan salah satu milkbooster yang hebat
5) ESP juga membantu menghaslkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
6) Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
7) Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan.
8) Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.
9) Berkesan mengurangkan eczema dan masalah kulit



Resepi ESP yg kachak dan gojes boleh try!!

1) 1 sudu bancuhan ESP + Air Suam (jangan bancuh dengan air panas tau!)

2) 1 sudu bancuhan ESP + Fresh Milk (Susu kotak atau susu tepung)

3) 1 sudu bancuhan ESP + Milo

4) 1 sudu bancuhan ESP + Twister Oren

5) 1 sudu bancuhan ESP + Fresh Milk + kurma
(kurma tu rendamkan dulu dan boleh potong saja kecil2 mahupun blend)

6) 1 sudu bancuhan ESP + Ribena

7) 1 sudu bancuhan ESP + Nesvita 3 in 1

8) 1 sudu bancuhan ESP + Susu Anmum

9) 1 sudu bancuhan ESP + campuran buah-buahan dan blend
(boleh pilih buah kegemaran anda)

10) 1 sudu bancuhan ESP + Horlicks

11) 1 sudu bancuhan ESP + Nestle Bliss

12) 1 sudu bancuhan ESP + Meashake/Performance Drink/Cinch Shake


Cadangan Sukatan dan Waktu Minum ESP

Sukatan : 1 sudu besar ESP + Air Kegemaran Anda (jgn lebih 3x sehari ye..)



ni antara yg sy suka minum ESP + oren


dan ini...ESP + strawberry susu (segarnye...)


Tips ESP
  1. Jangan bancuh dengan air panas, air kafein atau air berkarbonat sebab boleh hapuskan nutrisi
  2. Jangan ambil lebih dari 3 sudu sehari kerana ini akan membebankan ginjal
  3. Gunakan tumbler atau shaker atau botol tupperware untuk menggoncang/SHAKE bancuhan ESP untuk lebih mudah larut. Kalau guna sudu sahaja, nanti tak semua yang larut, jadi berketul-ketul
Macam sy..sy suka minum ESP waktu pagi..sebab sy rasa boleh kenyang kalau tak sempat nak makan..so ape lagi jom try! kulit cantik, sihat..ehhh..boleh diet sekali

ape lg..
Jangan segan-segan tanya pada saya untuk maklumat lanjut
Hubungi Sal, SID : 1071574
Whatsapp/sms : 013-7138717 / 018-2171178
COD sekitar Kemaman, Terengganu & Kuala Lumpur
Juga penghantaran seluruh Malaysia



Tazkirah Jumaat #1






Saya Bermotivasi

24/11/2013



Sy kena hadiri half day talk DatukDrMaznahHamid..nk berinovasi katenye..ape yg sy suka nk ingatkan diri sy sendiri sepanjang sy dengar kata-kata beliau ialah :

1. Sematkan pada fikiran anda gambaran diri anda yang berjaya. Minda ‘separuh sedar’ anda akan mencari jalan untuk merealisasikan imej diri ini.

2. Bila fikiran negatif mendatangi minda anda, terus batalkannya, padamkan cepat – cepat,gantikan dengan fikiran positif. Fikirkan Boleh!

3. Jangan sesekali himpunkan halangan dalam imiginasi anda. Imbas kembali kecemerlangan anda pada masa lampau.

4. Jangan mudah terpengaruh atau terpesona dengan orang lain atau cuba meniru mereka. Lengkapkan diri untuk menjadi ‘diri anda’ yang terbaik!

5. Ulangi 10 kali setiap hari, kata – kata ini, “Sekiranya Tuhan sentiasa bersamaku, siapa yang berani merendah atau menidakkan aku!”

6. Dapatkan kaunselor yang berpengalaman untuk membantu anda memahami asal-usul perasaan rendah diri anda yang biasanya berpunca dari zaman kanak – kanak atau sesuatu tragedi. Kefahaman tentang diri sendiri boleh menghasilkan pemulihan yang berkesan!

7. Ucapkan 10 kali setiap hari, ucapkan dengan yakin kata – kata berikut, “Akulah yang boleh melakukan segalanya melalui Tuhan yang memberi kekuatan kepada diriku”. Bayangkan diri anda diserapi kekuatan ini.

8. Anggarkan kebolehan anda secara realistik, kemudian tambahkan anggaran anda sebanyak 10% lagi. Jangan menjadi egoistik, tetapi bangunkan rasa hormat diri sepenuhnya.

9. Melalui doa, serapkan diri anda dengan aliran kuasa spiritual anda. Rasakan diri anda sebagai insan baru yang berkeyakinan.

10. Percayalah bahawa Tuhan sentiasa bersama anda, kerana tiada apa yang dapat mengalahkan perkongsian itu. Semaikan benih percayakan diri dan serlahkan kebolehan anda!


Photo: BILA KITA MESTI BUAT DAN JANGAN BUAT..

Tanpa kita sedari, masa adalah perkara yang selalu kita remehkan. Kita sering menunda atau melengahkan sesuatu kerja yang perlu jika ada mempunyai masa-masa yang terluang. Penggunaan masa adalah yang membezakan diantara orang yang sukses atau gagal. Namun, mengapa ada orang sukses dan orang gagal? Jawapannya bagaimana mereka menyusun dan memanfaatkan setiap masa yang ada. 

Kenalpasti perkara berikut sebelum ‘melabur’ masa anda :

Segera dan penting, MESTI BUAT
Penting tetapi tidak segera, HARUS BUAT
Rutin, boleh diagihkan . AKAN DIBUAT.
Berguna tapi tidak penting. TIDAK SEMESTI DIBUAT.
Tidak perlu sama sekali, JANGAN BUAT

Apabila tugas penting dikenalpasti, tentukan siapakah yang akan melakukannya. Adakah tugasan itu boleh dilakukan oleh orang lain? Adakah anda membuat kerja di bawah kemampuan dan kemahiran anda?

Terdapat 3 cara sahaja untuk menggunakan masa anda dengan lebih berkualiti :

1. Anda hendaklah lebih cekap dalam mengendalikan kerja MESTI dan HARUS BUAT. 

2. Mendapatkan orang lain untuk mengambil alih sebahagian daripada kerja AKAN BUAT. 

3. Menghentikan kerja yang JANGAN BUAT. 

Diharapkan anda tidak menjadi seorang yang suka menunda atau melengah-lengahkan masa kerana anda sendiri yang akan rugi kerana membuang masa itu. Perbuatan seperti itu seperti tidak mensyukuri akan nikmat dan masa yang diberikan. Semoga kita sama-sama tergolong dikalangan orang-orang yang selalu menggunakan masa dengan bijak….


Game Dan Kegilaan

Morning si kachak dan gojes sume...

Kalau dulu sy memang sangat-sangat pelik kenapa orang suka sangat main game..nak-nak Candy Crush..kadang-kadang tu ade yg siap bincang untuk tingkatkan level candy crush..tapi elok je sy beli Galaxy Note 8.0..haaaa...amek kau..sy pn turut terikut-ikut install macam-macam game...

nk tengok??



Sila abaikan gambar chomel sy dan chekgu yer...yg tu tak berkenaan

Tengok tu..ade happy farm, candy crush, plant vs zombie, hotel story, fashion story, bla-bla.....
Now sy da delete happy farm..sgt tak best dan sy da download game baru yg dulu femes kat i-pad..nama game tu hay day..hihi

Happy farm - yg ni game menanam dan deco ladang sendiri (kurang suka sebab terlampau banyak kekangan dalam game ni)
Candy crush - game ni banyak pikir (tp sy suka bunyi choc tu..cam sedap je)
Plant vs zombie - walaupun game ni suka abeskan bateri sy tp tak pe la..best jugak kadang-kadang
Hotel story - macam kartun sket tp tak pe sy suka
Fashion story - yg ni lak jual baju..best jugak walaupun kadang-kadang stuck
Hay day - yg ni yg terbaru sy install lepas sy un-install happy farm..yg ni sy tersuka bila tengok adik sy main kat i-pad die..dulu game ni utk i-pad je

Dalam banyak-banyak game ni sy paling suka hay day dan fashion story..sebab suka bisnes kot..hari-hari nak kena tengok note sebab nak tengok game..siap setting masa..teruk tul kegilaan terhadap game ni..sampaikan chekgu cakap sy tak pedulikan die sebab game..isssshhh mana ade..sy tak wat gitu la

Korang ade tak macam sy?


Oh My Ganu!

ganu


Memandangkan sy org ganu..sy tak nak la lepaskan peluang tgk cite ni..lagipun sy antara peminat cite oh my english!

So ape lagi..tepat kul 9.00 malam tercongok da sy kat depan tv bukak channel 135 maya HD..untuk keseluruhan cite ni sy bagi 4 star!! agak kelakar jugak la..walaupun dialog ganu tak dikira pekat lagi tp lakonan diaorang tetap boleh dipuji..


Oh My Ganu (© astro)


Oh my ganu ni lain skit je sebab ade tambahan watak izzue islam sebagai aiman adik pada cikgu ayu (tiz zaqyah) dan watak zizan sebagai zizang (org ganu kn kalu ckp mesti nk ade g kat belakang)..

I like~~~~

Good job sume!


Wordless Wednesday #1

~~throwback~~
~~kenangan dolu-dolu~~
~~30/03/12~~

Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini tlah ada yang miliki

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini, aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu




Kehilangan

**Refresh**

Lepas raya puasa hari tu cik P tak datang-datang..tp sy biarkan je sebab pernah terjadi cik P lewat datang. perubahan hormon biasa berlaku lepas kawen ni..pernah sy excited nk cek bila cik P lewat 10 hari..hasilnya -ve dan selepas tu elok je cik P datang...kn da kuciwa

Nak dijadikan cerita camne sy disahkan pregnant..dalam 7 hari macam tu cik P lewat dan sy asyik mual bl nk gosok gigi pada waktu pagi tp tak de la sampai muntah. da 2 hari berlanjutan sy jumpa doktor..nk cek la tu kn..

Doktor : awk sakit ape?
Sal : sy tak sakit..sy cuma nk cek sy pregnant ke tak..
Doktor : nape awk nk cek? cik P lambat ke?
Sal : haah..da 7 hari da tp sy nk cek sbb sy rasa mual bl nk gosok gigi
Doktor : ala baru 7 hari..awl lg
Sal : sengih..(dalam ati..ikut suka kite la..doktor ni)

Doktor pn suruh buat pregnancy test...

Doktor : awk rasa result die ape?
Sal : mana sy tau doktor..
Doktor : tahniah..+ve..tp masih baru lagi ni..apa kata awk dtg seminggu lg..sy nk confirm kn. saya akan bagi acid folic untuk awk mkn 
Sal : tq doktor..(dalam ati berbunga-bunga)

Tak sempat sampai seminggu..3 hari je sy da sibuk g beli pregnancy test clear yg digital tu..kononnya nk bagi suprise kat chekgu..

Hasilnya mmg +ve..syukur sgt masa tu..terus bgtau chekgu..chekgu hepi giler. nk lagi confirm..sy gi klinik dan cek sekali lg kat klinik..alhamdulillah

Masa ni sy da banyak pasang angan-angan..nk makan tu nk makan ni..sume untuk baby dalam perut..tp yela sy cuma mampu merancang je..

12/9/13 - sy ke KL bersama chekgu..balik umh mentua..sebenarnya sy nk buat kejutan untuk chekgu sempena besday die..berjaya buat suprise besday. chekgu hepi dan sy pn sama hepi tambah lg ade baby kn..masa ni dari 13/9 - 15/9 aktiviti telampau padat sehingga sy terlupa ade 1 nyawa lg di samping sy..

22/9/14 - sekali lg terpaksa ke KL sebab ade course kali ni drive sendiri..

Lepas tu sy baru perasan kenapa darah asyik keluar je walaupun cuma spot tp asyik ade je..sy mula risau dan jumpa doktor..doktor bagi ubat nk kuatkan rahim..tp darah still keluar sehinggalah sy nekad pergi ke hospital..

Setelah scan..doktor bagitau kandungan sy kecik macam tak cukup umur..siap die kata sy salah kira tarikh..die suruh sy sabar dan banyak doa. doktor suruh datang lg seminggu untuk scan sekali lg

Saya pergi buat buku merah cepat-cepat (sebab masa ni sy da mula rasa tak sedap ati)..kat klinik desa sy dapat macam-macam ubat..semua sy makan demi baby sy..walaupun keyakinan sy mula berkurang..darah spotting lak tak pernah berhenti sehingga lah sy cuba dapatkan pendapat doktor dari klinik..doktor tu bagi pendapat yg sama seperti doktor hospital..sy mula redha

Satu hari tu..saya sakit perut yg amat sangat..sampai sy tertido..bl sy bangun sy tgk darah merah pada seluar sy..sy bgtau chekgu..kami pergi hospital sekali lg..doktor buat ultrasound untuk tgk dengan lebih tepat lagi..kantung sy sudah mula membujur..akhirnya air mata sy menitis..doktor akan buat proses D&C tp disebabkan dewan bedah tutup untuk sementara sy terpaksa tunggu lg seminggu..sy balik umah dengan pikiran kacau..sy nangis smp tertido..alhamdulillah soknye sy da blh terima mcm biasa..sy percaya Allah swt akan bagi yg lebih baik selepas ni..

15/10/13 - sakit mula terasa..nk tunggu dewan bedah hospital buka tak sanggup rasanya nk tahan sakit..akhirnya ayah sy suruh ke specialist hospital..kat sana sy diterangkan secara detail tentang prosedur D&C..doktor bgtau boleh keluar secara natural tp sekiranya tak keluar habis sy tetap akan kena D&C. so sy pikir baik buat D&C je terus..doktor kata proses D&C ni kejap je dan tak sakit sebab kite di bius

16/10/13 - memandangkan sy da pose semalaman jadi proses D&C boleh la dijalankan..saya tak rasa ape-ape pun pendek kata tak sakit la..prosesnya pn cuma 40 minit je. cuma kesan bius je lambat hilang..malam sy da boleh discharge da

Bermula la kisah pantang sy...hihi now da abes pantang da...bolehla consume GLA shaklee dan B complex semula utk dapatkan baby


B Complex



Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.


B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
• B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan
menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada
tenaga.*
• Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.



Kenapa perlu ambil B Complex Shaklee??

1) Menukar makanan kepada tenaga
  • bantu penghadaman
  • menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga
  • mengurangkan masalah keletihan/kelesuan
2) Melawan tekanan
  • memastikan kesihatan fungsi saraf
  • meredakan sakit kepala
  • tekanan
  • kemurungan
  • insomnia
3) Membantu tumbesaran
  • menggalakkan tumbesaran yg sihat & normal bagi bayi & kanak-kanak
  • membantu pembinaan DNA & sel-sel baru
  • mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang
4) Rambut beruban & gugur
  • membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban & mengekalkan kesihatan rambut
5) Baik utk mata
  • mengurangkan masalah keletihan mata
  • mencegah katarak
  • meningkatkan kualiti penglihatan
  • perkasa memori & daya pemerhatian/fokus
6) Mencegah anemia
  • membantu pembentukan sel darah merah yg sihat 
  • merangsang sirkulasi darah dalam tubuh
  • merendahkan paras sistin utk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut
7) Meredakan senggugut
  • baik utk masalah senggugut (PMS)
  • meredakan kerisauan
  • keresahan & masalah penghadaman (terutamanya mereka yg mengambil ubat hormon & ubat tahan sakit)
8) Mencegah perlcche
  • dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mount chilitis)
  • mencegah jangkitan lidah (glossitis)
  • nafas berbau
9) Detosifikasi
  • meredakan alahan

Jangan segan-segan tanya pada saya untuk maklumat lanjut
Hubungi Sal, SID : 1071574
Whatsapp/sms : 013-7138717 / 018-2171178
COD sekitar Kemaman, Terengganu & Kuala Lumpur
Juga penghantaran seluruh Malaysia



Diabetes




Bagi pesakit diabetes, mereka perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan kerana jenis makanan yang dimakan sangat mempengaruhi paras gula darah.

Pengambilan diet harian bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan serta keadaan penyakit anda.

Diet harian mestilah seimbang iaitu mengandungi semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan yang baik dan memberikan tenaga yang mencukupi bagi menjalankan tugas seharian.

Cadangan pembahagian kalori:

30% : Lemak

55% : Karbohidrat

15% : Protein


Matlamat Rawatan Diet

1. Untuk mengawal paras glukosa dalam darah serta mencegah kehilangan glukosa di dalam urin.

2. Untuk mendapatkan atau mengekalkan berat badan yang bersesuaian dengan ketinggian dan umur.

3. Untuk mengekalkan kalori yang mencukupi bagi melaksanakan aktiviti harian.

4. Untuk menjadikan diet yang baru ini sesuai dengan cara hidup pesakit.

5. Untuk melambatkan atau mengelakkan komplikasi Diabetes.


Prinsip asas diet untuk pesakit Diabetes IDDM dan NIDDM adalah sama. Pesakit perlu memahami 3 perkara penting iaitu:

1. Apa yang hendak dimakan

2. Waktu makan yang sesuai

3. Amaun makanan yang boleh dimakan


Apa yang Hendak Dimakan?
Terdapat 3 kumpulan makanan untuk pesakit Diabetes.


1. Makanan yang perlu DIELAKKAN

Makanan/ minuman yang mengandungi gula ringkas. Gula ringkas akan meningkatkan tahap gula dalam darah dengan kadar yang cepat.

Contoh: Gula pasir, gula melaka, gula merah, gula batu, gula-gula, sirap, jeruk, halwa, kuih-kuih manis, susu pekat manis, buah-buahan dalam tin, minuman ringan, coklat, madu lebah, jem (kecuali jem untuk diabetis), semua makanan bersalut gula, dll.


2. Makanan yang perlu DIHADKAN

Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks. Makanan dalam kumpulan ini boleh diambil dalam jumlah yang sederhana banyaknya. Makanan dalam kumpulan ini akan dicerna dan diserap dengan perlahan-lahan, dan dengan ini tidak menyebabkan peningkatan aras gula darah secara mendadak. Pengambilan makanan dalam kumpulan ini haruslah diagihkan pengambilan sepanjang hari, bukan dimakan sekaligus dengan banyak.

Contoh: Nasi, bijirin, biskut, kekacang, susu, pasta, semua jenis mee, semua jenis tepung, semua jenis ubi, buah-buahan/ jus, sayuran berkanji (labu), jagung, serbuk coklat, dll.


3. Makanan yang BEBAS dimakan

Contoh: Air kosong, air mineral, kopi dan teh, air barli, jus limau nipis, sayur-sayuran, ulam-ulaman, cuka, sup, serbuk rempah, serbuk cili, herba, dll.


Pengambilan Serat yang Betul

Serat atau serabut diet boleh didapati dalam bentuk larut (yang larut dalam air – ia membantu melambatkan penyerapan nutrien) dan serat tak larut (tidak dapat dihadam oleh sistem pencernaan – membantu mengelakkan sembelit). Serat yang tak larut boleh digunakan di dalam usaha mengurangkan berat badan kerana ia memberikan kekenyangan. Pengambilan serat larut membantu melambatkan penyerapan gula dan kolesterol ke aliran darah. Saranan pengambilan serat: 30-40gm sehari.

Contoh makanan yang mengandungi serat: Sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijirin, bijirin sarapan pagi, jagung, pasta, dll.


Pengambilan Lemak yang Betul

Jenis lemak yang boleh dimakan adalah amat penting. Terdapat dua jenis lemak:

1. Lemak Tepu: Sumber utamanya adalah dari sumber haiwan iaitu daging yang berlemak, kulit ayam, lemak pada ayam, susu penuh krim, mentega, keju dan dari sumber tumbuhan ialah santan kelapa. Lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap lemak dan kolesterol darah.

2. Lemak Tak Tepu:

a) Lemak Poli Tak Tepu

Jenis lemak ini boleh didapati pada minyak jagung, minyak sayuran, minyak bunga matahari, dan minyak soya. Kajian menunjukkan lemak poli tak tepu boleh menurunkan tahap kolesterol darah. Walaubagaimanapun, pengambilannya perlu dalam kadar yang ‘sederhana’.

b) Lemak Mono Tak Tepu

Dijumpai dalam minyak kanola, minyak zaiton, minyak saflower dan minyak bijan. Kajian terkini mendapati lemak mono tak tepu boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.


Pengambilan Protein yang Betul
Protein diperlukan untuk memperbaiki tisu tubuh dan memastikan pertumbuhan yang sempurna pada kanak-kanak. Pengambilan protein 15% – 20% daripada jumlah tenaga yang diambil adalah disyorkan.

Protein boleh didapati dari sumber bijirin (roti, beras, pasta, tepung, soya serta hasilannya dll) atau dari sumber haiwan (daging, ikan, telur, ayam dan produk tenusu). Ini perlulah diberi perhatian dalam merancang pengambilan diet harian anda.


Pengambilan Vitamin dan Zat Galian yang Mencukupi

Kajian mendapati bahawa kekurangan zat galian seperti kromium dan selenium mempunyai kesan ke atas insiden diabetes. Kromium mempunyai fungsi untuk menyeimbangkan dan membantu mengekalkan gula darah pada mereka yang berisiko tinggi untuk medapat diabetes.

Kajian juga menunjukkan bahawa anti-oksidan seperti vitamin C dan E serta beta keroten (sejenis vitamin A larut air) boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan diabetes.



Sumber: Panduan Pesakit Diabetes, Unit Pendidikan Kesihatan, Hospital Kangar.
Kredit to : celikvitamin.com



Anda dinasihatkan untuk mengambil supplement seperti yg tertera di bawah bagi memastikan program diabetes Shaklee anda 100% berkesan.


Suplemen asas untuk kencing manis ialah seperti berikut:

1. ESP (Energizing Soy Protein) : Berindeks glisemik (GI) rendah. Sangat sesuai utk pesakit diabetes.

2. Vitalea Iron Formula : Imbangan vitamin dan mineral yang lengkap.

3. GLA Complex : Memberi kesan positif kepada diabetic neuropathy.

4. Alfafa Complex : Sumber serat yang membantu menstabilkan gula dalam darah.

5. Vitamin C : Mengukuhkan kapilari dan salur darah.

6. Zinc Complex : Membantu penghasilan insulin & pemulihan luka.
Pesakit kencing manis juga boleh mengambil suplemen di bawah untuk kesan yang lebih baik:

- Vivix
- Cinch Shake Mix
- Omega Guard


Selain amalan pemakanan Shaklee yang konsisten, jangan lupa berdoa dan bertawakal kepada Allah supaya diabetes anda dapat dikawal! INSYALLAH!



Jangan segan-segan tanya pada saya untuk maklumat lanjut
Hubungi Sal, SID : 1071574
Whatsapp/sms : 013-7138717 / 018-2171178
COD sekitar Kemaman, Terengganu & Kuala Lumpur
Juga penghantaran seluruh Malaysia

Apa Itu Alfafa?

Alfalfa merupakan tanaman yang dikenal mempunyai berbagai manfaat kesihatan. Alfalfa (Medicago sativa) termasuk dalam keluarga kacang-kacangan. Tanaman ini dapat tumbuh sampai satu meter dan memiliki bunga kecil berwarna ungu. Tanaman alfalfa memiliki sistem akar sangat dalam hingga mencapai sekitar 4,5 meter. Kerana akar yang menghujam dalam itulah, tanaman ini terkenal tahan kekeringan.

Dipercaya pula, sistem akar yang dalam membuat alfalfa dapat menyerap mineral yang tidak biasa dijumpai di permukaan tanah. Hal ini membuat tanaman ini istimewa sehingga dinamai alfalfa oleh orang Arab yang berarti ayah dari tanaman. Orang Arab menemukan kuda-kuda mereka menjadi kuat dan bugar setelah beberapa lama makan alfalfa.
Alfalfa telah digunakan sebagai ubat herbal sejak berabad-abad dalam perubatan tradisional Cina dan ayurveda.




Apakah kebaikan Alfalfa?

Terkenal untuk merawat 3A 
• Arthritis
• Asthma
• Allergy


Berkhasiat untuk membantu masalah
• Penyakit Usus (Colon disorder)
• Buah pinggang
• Kencing manis
• Melawaskan usus
• Ulcer
• Fluid retention (sembab)
• Kurang selera


Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah 
• Penghadaman
• Pencernaan
• Flatulence
• Abdominal discomfort dikalangan orang dewasa


Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah
• Gastrik
• Penyakit kulit (Eczema)
• Kurang darah (Anemia)
• Sembelit
• Badan, nafas dan kaki berbau


Promotes pituitary gland function


Meneutralkan asid dalam badan
(Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)


Merawat masalah keputihan pada wanita.
Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita & para isteri.


As a galactagouge.
Bagus diambil oleh ibu menyusu, kerana ia meransang dan menambah pengeluaran susu ibu.






Jangan segan-segan tanya pada saya untuk maklumat lanjut
Hubungi Sal, SID : 1071574
Whatsapp/sms : 013-7138717 / 018-2171178
COD sekitar Kemaman, Terengganu & Kuala Lumpur
Juga penghantaran seluruh Malaysia


Dah 26 Hari Rupenye

Assalamualaikum semua...

sape2 yg kenal sal..mesti igt lg blog sal yg lama kn..Mr.Chekgu n Pn.Engineer...da xde da blog tu...sedih kn?? mana peginye blog tu? actually byk sgt probsnye..so sal stop jela n mula dgn blog baru..sng kn xpayah sakit2 kepala pkr..xpela...plz support blog baru sal..baru lagi die lahir tarikh bermulanye blog ni 23/10/13...okey la tu kn...

so nk mtk korang follow sal semula...hahaha

sal wat blog ni pn sbb sal mmg suka menulis..psl ape je...n nk share jugak kelebihan shaklee..bisnes utk masa dpn n makan untuk kesihatan diri..

sal akan bg spesel prize utk kengkawan sal..jom follow sal


Cinch Shake

Rasa gemuk?
Lengan dah mula menggeleber?
Mahu kurus dgn sihat & selamat?

Shaklee ade menawarkan produk yg bermutu tinggi untuk mengurangkan berat badan dengan selamat & sihat..

Jom tengok!!


Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Ia merupakan produk yang popular di kalangan mereka yang inginkan ramping, anggun & menawan




Kelebihan Cinch™ Shake
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa santapan manis
  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO

Cinch™ Shake juga mempunyai 3 perisa yang mampu mengikat selera anda:
  • Cafe Latte - 20339 (765g)
  • Vanilla - 20340 (765g)
  • Chocolate - 20341 (765g)

Testimonial Cinch™ Shake







Jangan segan-segan tanya pada saya untuk maklumat lanjut
Hubungi Sal, SID : 1071574
Whatsapp/sms : 013-7138717 / 018-2171178
COD sekitar Kemaman, Terengganu & Kuala Lumpur
Juga penghantaran seluruh Malaysia



Energizing Soy Protein (ESP)

~~ ESP memang hot! banyak feedback yang positif sy terima especially anda yg pertama kali kenal dan mencuba ESP. Alhamdulillah..semua itu atas usaha anda sendiri berserta doa yg tak pernah putus demi mendapat kesihatan keluarga dan anak-anak yg optimum

Apa KELEBIHAN yg anda dapat bila anda minum ESP??

  • Menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri
  • Membantu hilangkan parut jerawat di muka
  • Memberi tenaga berpanjangan
  • Menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih
  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yg kendur
  • Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan
  • ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolestrol
  • Menyokong kesihatan jantung dan prostat

~~ Jom beli ESP hari ini, confirm tak menyesal. Wanita dan lelaki semua boleh ambil. ESP merupakan ratu dalam produk SHAKLEE..hot item dan selalu sold out

Apa yang terkandung dalam ESP??
  • Sumber protein lengkap dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian
  • Berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yg semulajadi rendah lemak dan bebas kolestrol
  • Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon yg sempurna
  • Membantu mengekalkan paras gula yg normal dlm darah
  • Kandungan lemak dlm ESP sgt minimum iaitu (1gm)
  • Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yg tinggi dan diserap terus ke dlm darah
  • Paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, perwarna dan pengawet
  • Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gm karbohidrat untuk tenaga



Jangan segan-segan tanya pada saya untuk maklumat lanjut
Hubungi Sal, SID : 1071574
Whatsapp/sms : 013-7138717 / 018-2171178
COD sekitar Kemaman, Terengganu & Kuala Lumpur
Juga penghantaran seluruh Malaysia



Set Kurus

Gemuk??
Perut buncit??
Peha sering berlaga??
Lengan besar??

_________________________________________________________________________________

Berminat dengan set kurus??
Jangan segan-segan tanya pada saya untuk maklumat lanjut
Hubungi Sal, SID : 1071574
Whatsapp/sms : 013-7138717 / 018-2171178
COD sekitar Kemaman, Terengganu & Kuala Lumpur
Juga penghantaran seluruh Malaysia
_________________________________________________________________________________

Manfaat utama set kurus SHAKLEE

Alfafa (agen detox)

  • Berfungsi untuk detox toksin dalam badan
  • Merawat gangguan pencernaan
  • Mengawal kolestrol dalam darah
  • Merawat masalah sembelit
  • Meningkatkan sistem penghadaman
  • Menguatkan kesihatan otot
  • Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
Omega guard
  • Membakar lemak dan menurunkan berat badan
  • Berfungsi melicinkan kulit
  • Menghalang salur darah dari tersumbat serta mengawal tekanan darah
  • Mengawal kolestrol dalam badan
  • Memelihara kesihatan jantung
  • Menghalang kanser prostat, kolon, paru-paru dan payudara
  • Meningkatkan kadar memori seseorang
Lecithin
  • Bertindak memecah lemak dan kolestrol dalam badan
  • Menghalang obesiti
Cinch
  • Diperkaya dengan leucine bagi mengekalkan otot semasa anda menurunkan berat badan
  • Kaya dengan protein yang memberi rasa kenyang dan puas
  • Indek glisemik yang rendah dan amat sesuai untuk pesakit diabetis
  • Mengandungi serat yang tinggi
  • Didatangi dengan perisa yang lazat
Saya cadangkan anda untuk mengambil set ini kerana set ini berperanan dalam proses detoks, membakar/memecah lemak dan membina otot supaya tidak berlakunya diet yoyo

so jangan tunggu lama-lama..dapatkan set ini sekarang!



Set Ibu Hamil Trimester I

Bila tau diri kita hamil..tu la kenangan yang paling best dalam hidup seorang perempuan..tapi bila adanye alahan..masing-masing mula la tak lalu makan..jangan macam tu tau! tak elok untuk bayi yg kita kandung tu..paling penting jangan murung atau stress dengan alahan tersebut..

Ibu-ibu mesti makan..walaupun makan buah je tetap kena telan..paling kurang pun kurma dan kismis..kalau dah tak boleh sangat la kan..kalau dah banyak sangat yg klinik bagi tapi kita tak boleh nak telan..ape kata jom amal SHAKLEE..untuk kita dan anak yg dikandung..penting tau!

So ape yg ibu hamil trimester I perlukan??


  • Vita lea - merupakan vitamin yang terbaik dengan zat besi, membantu pembentukan sel darah merah..tak perlu ambil obimin kalau dah ambil vita lea okey!

  • B complex - mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin b termasuklah asid folic..jumlah asid folic yg cukup membantu mencegah kecacatan tiub neural

  • Vitamin c - membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyolong tulang, gigi dan gusi yang sihat..juga membantu dalam penghadaman zat disamping dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh..penghasilan kolagen - membina tulang rawan, otot-otot dan tulang fetus

  • Ostematrix - ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. ini adalah kerana bayi akan mula mengambil kalsium ibu dengan lebih banyak bermula trimester kedua. ostematrix mengandungi bukan sahaja kalsium malah MAGNESIUM dan VITAMIN D..Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan tulang dan kerangka. pengambilan OSTEMATRIX juga untuk menguatkan dan pembentukan tulang dan gigi bayi yang sihat. pengambilannya juga boleh mengurangkan sakit pinggang , sakit belakang , kebas-kebas atau cramp..




Hubungi sal untuk maklumat lanjut
Pm/wassap : 013-7138717 / 018-2171178
COD area Kemaman, Terengganu & Kuala Lumpur
Juga penghantaran seluruh Malaysia



Tips Kuatkan Rahim dan Elak Keguguran

Keguguran boleh jadi pengalaman yang menyedihkan terutama bagi pasangan yang telah lama berkahwin. Bagaimana untuk kita mengelakkan keguguran daripada berlaku? Kita hanya mampu merancang..selebihnya Allah swt yang merencanakannya...

Sering kali keguguran berlaku pada awal kehamilan..sama ada individu itu sedar diri dia hamil ataupun tidak. Mungkin sebanyak tiga perempat telur yang disenyawakan akan gugur dalam hari-hari pertama kehamilan.

Selepas mendapat ujian kehamilan yang positif, terdapat kira-kira satu dalam lima kehamilan kemungkinan keguguran awal akan berlaku. Keguguran lewat pula jarang-jarang berlaku. Ianya berlaku kira-kira satu dalam 100 kehamilan. Kehilangan yang berlaku pada lewat kehamilan boleh jadi perkara yang amat sukar dihadapi. 

Sesetengah wanita pula mengalami keguguran berulang. Ini bermakan mereka telah mengalami keguguran lebih daripada sekali. Ini berlaku kira-kira satu dalam 100 wanita. Selalulnya selepas keguguran pertama, kekuatan rahim sudah terjejas dan amat penting untuk individu itu menguatkan rahim dan elakkan keguguran berulang.

Antara tips untuk kuatkan rahim dan elak keguguran

  • Amalakan makanan yang segar dan elakkan makanan yang diproses
  • Elakkan makanan yang bersifat tajam dan sejuk termasuk jeruk dan asam boi
  • Amalkan zikir
  • Amalkan makanan tambahan untuk kuatkan otot rahim dan penghasilan telur yang sihat



kredit to : cikjatt.blogspot.com

Note: selebihnya kita berserah la pada Yang Maha Esa..kita cuma mampu merancang

Hubungi Sal untuk maklumat lanjut
Pm/wassap: 013-7138717 / 018-2171178
COD sekitar Kemaman, Terengganu & KL
Juga penghantaran seluruh Malaysia



Set Kesuburan Wanita

Susah mengandung?
Dah bertahun-tahun kahwin tapi belum mengandung?
Tertekan dengan kata-kata orang sekeliling?

Insyaallah berkat usaha, doa dan tawakal serta usaha yang berterusan pasti ada jalan penyelesaiannya..

Faktor sukar mendapat cahaya mata

  • Kitaran haid yang tidak menentu sama ada 2 kitaran haid sebulan atau 1 kitaran haid dalam 2@3 bulan
  • Wanita yang darah haidnya terlalu banyak @ senggugut
  • Berat badan berlebihan antara punca tidak subur
Punca wanita tidak subur
  • Kegagalan berovulasi @ kegagalan menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon
  • Endometriosis, cyst, terdapat jangkitan @ ketumbuhan pada tiub falopio
  • Penyakit kelamin
  • Penyakit berkaitan masalah pelvik
  • Merokok
  • Pengambilan kafein yang berlebihan
  • Terlalu kurus @ gemuk
  • Faktor usia (tahap kesuburan akan menurun apabila mencapai usia 35 tahun)


Vita Lea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan orang dewasa. Pengambilan vita lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini

Vitamin C
1 tablet vitamin C membekalkan 500mg vitamin C. Vitamin C Shaklee adalah sejenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan . Vitamin C berfungsi sebagai anti oksidan seperti vitamin E

B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6, B12 dan asid folik. Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan amenia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural

Alfafa Complex
Diamalkan oleh wanita terutama bagi mereka yang rasa 'sakit ketika bersama', membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur, senggugut/sakit pinggang yang melampau ketika datang haid (makan alfafa bersama kalsium) dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak sebagai kacip fatimah) 

GLA
GLA adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormondan memastikan kitaran haid teratur.Seperti yang sedia maklum, kitaran haid yang stabil memudahkan wanita mengenal pasti waktu subur di mana peratusan persenyawaan dapat ditingkatkan. GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalm serviks mencukupi di mana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopio di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yang subur ini membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopio sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami isteri tidak bersama dalam jangkawaktu tersebut. Membantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra haid)

Zinc Complex
Zinc digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zinc akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina

Energizing Soy Protein (ESP)
ESP adalah protein lengkap yang mengandingi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting

Note: Usaha, doa dan tawakal..insyaallah...

Nak dapatkan set ini?
Jangan segan-segan tanya pada saya untuk maklumat lanjut
Hubungi Sal, ID : 1071574
Whatsapp/sms : 013-7138717 / 018-2171178
COD sekitar Kemaman, Terengganu & Kuala Lumpur
Juga penghantaran seluruh Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...