Tazkirah Jumaat #2: Bacaan Doa Selepas Azan Yang Betul

Selepas habis sahaja azan dan iqamah, kita di sunatkan membaca doa selepas azan sebagai mendoakan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.




Allahumma rabba hazihid da' watittamah.
Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.
Wassyarafa waddarajatal 'aliatar rafi'ah.
Wab'athhul maqamal mahmudal lazi wa'adtah.
Innaka laatukhliful mi'ad.



Menjawab seruan Azan:
Jika kita mendengar seruan Azan yang dilaungkan muadzin (tukang azan @ bilal), hendaklah kita menyahut, mengikut atau menjawab apa yang diucapkan dalam Azan yang diserukan oleh muadzin dengan perlahan-lahan, cuma pada bacaan:-

حي على الصلاة دان حي على الفلاح

maka kita ucapkan

لاحول ولا قوة الا بالله

maksudnya "Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali dengan pertolongan Allah"



الصلاه خير من النوم

maka kita ucapkan 

صدقت وبررت

maksudnya "Benarlah dan mendapat kebaikanlah engkau dan aku adalah daripada yang menyaksikan"


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...