Banjir Besar Di Kemaman 2013

Speechless...

Selasa, 3/12/13 - chekgu otw nk amek sy balik keje..die kol gtau lambat sket datang sebab jalan jem..jambatan keretapi dekat taman samudera da mula naik air


 
Jalan nak g Taman Samudera


Rabu, 4/12/13 - sy bangun awal pagi..lepas solat subuh terus g tengok keadaan jalan (boleh ke tak nak g keje)..air da mula naik lagi teruk dari tahun lepas melimpah sampai ke taman koperasi perdana..sy tengok air dekat mak lagam pun sama..Ya Allah swt..dugaan tahun ni lagi hebat dari tahun lepas...hujan lak tak henti-henti turun..lepas beli makanan pagi sy terus balik ke umah..tangan sy tak henti-henti skroll tengok orang update status dalam page BandarChukai Kemaman..sume orang tengah bersedih..dalam pada tu saya langsung tak jangka letrik akan terputus sama macam Kuantan..tepat pukul 1 ptg letrik da terputus..kami mula cari lilin..abes kedai g cari lilin tak de (nasib baik ade lagi lilin lama)..orang sume da penuh kat kedai cari stok makanan. mana yang sempat saya capai makanan sy amek..sume stok makanan kat kedai abes..kami da macam meroyan..dua-dua jalan utama terputus..kami da jadi macam pulau..hebatnya dugaan tahun ni

Khamis, 5/12/13 - bekalan air lak terputus

Jumaat, 6/12/13 - adik saya naik bot tambang cari petrol..alhamdulillah dapat walaupun isyak baru sampai ke umah (teruk kena bebel dengan mak sebab risau keselamatan adik)

Sabtu, 7/12/13 - air surut...syukur tp masih ade umah yang tak surut-surut lagi..kami da boleh ke bandar cari bekalan makanan..

Sgt speechless...tengok jela gambar hasil ihsan page Bandar Chukai Kemaman (kamera amatur)..nak tengok lagi boleh la buka page tu..alhamdulillah umah sy & keluarga sy selamat walaupun kami tak boleh keluar berhari-hari












2 comments:

  1. sedih bila tgk those pics.. hopefully semuanya akan kembali seperti sediakala huhu

    Jom Terjah : Siapa Sebenarnya Eridy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hopefully..tp ramai org kehilangan harta benda..ade yg nyawa..perlukan masa nk bangun semula

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...