Tazkirah Jumaat #3 : Sedekah



Sedekah itu dapat menjauhkan seseorang itu daripada musibah dan juga dapat memanjangkan umur. Maka lakukannya dengan ikhlas.

Jadual Makan Vitamin Shaklee

Ramai customer baru akan tanya sy cara untuk makan vitamin..nak makan waktu bila..berapa biji..tp jangan risau..biasanya sy akan bagitau..Tahukah anda kalau ambil semua sekaligus.. kesannya juga akan berbeza dengan mereka yang mengambil mengikut masa yang disyorkan.. Kenapa?... kerana ada kesan pada kadar penyerapan..

The basic rule are:

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) :
Seeloknya diambil bersama segelas air

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) :
Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

Ostematrix (Kalsium) :
Seeloknya diambil sebelum tidur bersama segelas susu


Nak cerita secara amnya..ada vitamin yg elok diambil waktu pagi morning sebelum breakfast da ade juga yg elok diambil waktu tengahari atau malam sebelum tido sebabnya fungsi vitamin ni tak sama tau..

Secara basicnya:

Waktu pagi sebelum breakfast : Energizing Soy Protein (ESP), Mealshake, Cinch, Performance Drink
Waktu pagi selepas breakfast : B-Complex, Vitamin C, Vita lea, AJHT
Tengahari : Omega Guard, Lecithin, Ostematrik, Alfafa, Garlic
Sebelum makan malam : Zinc Complex
Selepas makan malam : Lecithin, Alfafa
Sebelum tido : Vitamin E, Ostematrik, Herb Lax, Vivix, GLA, Collagen

* Jadual ni flexible yer.. bergantung kat individu masing2. ..cuma nasihat saya..... jangan mkn semua sekaligus...dan pastikan sehari pengambilan air putih adalah sebanyak 2liter sehari..seelok-eloknya jangan makan vitamin bersama dengan kafein tau

* utk pengambilan vitamin selain dari di atas.. insyaAllah saya akan berikan jadualnya ikut keperluan anda ...


Sangat senang kn?? tapi..ade vitamin yg tak boleh makan sekali tau..
Contohnya: 

~ Vita lea tak boleh diambil dengan ostematrik / susu / ESP sebabnya kalsium akan menghalang penyerapan iron oleh usus

~ Alfafa tak boleh diambil dengan Vitamin E dan GLA (GLA pun ade kandungan vitamin E)

~ Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil vita lea sebab vita lea mengandungi iron

~ Kalau ade yang ambil ubat hospital / klinik sebaiknya jarakkan masa pengambilan antara 3 - 4 jam..sebabnya kita mesti tak nak ubat hospital kacau vitamin dan vitamin kacau ubat hospital..


Hubungi sal untuk maklumat lanjut
Pm/wassap : 013-7138717 / 018-2171178
COD area Kemaman, Terengganu & Kuala Lumpur
Juga penghantaran seluruh Malaysia


Banjir Besar Di Kemaman 2013

Speechless...

Selasa, 3/12/13 - chekgu otw nk amek sy balik keje..die kol gtau lambat sket datang sebab jalan jem..jambatan keretapi dekat taman samudera da mula naik air


 
Jalan nak g Taman Samudera


Rabu, 4/12/13 - sy bangun awal pagi..lepas solat subuh terus g tengok keadaan jalan (boleh ke tak nak g keje)..air da mula naik lagi teruk dari tahun lepas melimpah sampai ke taman koperasi perdana..sy tengok air dekat mak lagam pun sama..Ya Allah swt..dugaan tahun ni lagi hebat dari tahun lepas...hujan lak tak henti-henti turun..lepas beli makanan pagi sy terus balik ke umah..tangan sy tak henti-henti skroll tengok orang update status dalam page BandarChukai Kemaman..sume orang tengah bersedih..dalam pada tu saya langsung tak jangka letrik akan terputus sama macam Kuantan..tepat pukul 1 ptg letrik da terputus..kami mula cari lilin..abes kedai g cari lilin tak de (nasib baik ade lagi lilin lama)..orang sume da penuh kat kedai cari stok makanan. mana yang sempat saya capai makanan sy amek..sume stok makanan kat kedai abes..kami da macam meroyan..dua-dua jalan utama terputus..kami da jadi macam pulau..hebatnya dugaan tahun ni

Khamis, 5/12/13 - bekalan air lak terputus

Jumaat, 6/12/13 - adik saya naik bot tambang cari petrol..alhamdulillah dapat walaupun isyak baru sampai ke umah (teruk kena bebel dengan mak sebab risau keselamatan adik)

Sabtu, 7/12/13 - air surut...syukur tp masih ade umah yang tak surut-surut lagi..kami da boleh ke bandar cari bekalan makanan..

Sgt speechless...tengok jela gambar hasil ihsan page Bandar Chukai Kemaman (kamera amatur)..nak tengok lagi boleh la buka page tu..alhamdulillah umah sy & keluarga sy selamat walaupun kami tak boleh keluar berhari-hari












Tazkirah Jumaat #2: Bacaan Doa Selepas Azan Yang Betul

Selepas habis sahaja azan dan iqamah, kita di sunatkan membaca doa selepas azan sebagai mendoakan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.




Allahumma rabba hazihid da' watittamah.
Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.
Wassyarafa waddarajatal 'aliatar rafi'ah.
Wab'athhul maqamal mahmudal lazi wa'adtah.
Innaka laatukhliful mi'ad.



Menjawab seruan Azan:
Jika kita mendengar seruan Azan yang dilaungkan muadzin (tukang azan @ bilal), hendaklah kita menyahut, mengikut atau menjawab apa yang diucapkan dalam Azan yang diserukan oleh muadzin dengan perlahan-lahan, cuma pada bacaan:-

حي على الصلاة دان حي على الفلاح

maka kita ucapkan

لاحول ولا قوة الا بالله

maksudnya "Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali dengan pertolongan Allah"



الصلاه خير من النوم

maka kita ucapkan 

صدقت وبررت

maksudnya "Benarlah dan mendapat kebaikanlah engkau dan aku adalah daripada yang menyaksikan"


Best Ke Tak Best 'Fast & Furious 7' Lepas Ni?

Rasanya da ramai kot yg tau Paul Walker (Brian O'Connor) hero filem Fast & Furious meninggal dalam kemalangan..mesti da tak best kn cite tu pas ni..da la hahn pun da mati..ramai lak yg tak de..agak terkejut dengan berita tu..tp nak wat camne kn..da sampai ajal die..

Ape la nasib cite ni lepas ni...banyak lagi babak-babak filem terbaru die yg belum abes lagi..mesti ade pertukaran jalan cite..


Hero Filem Fast & Furious Mati Kemalangan


Laman web selebriti TMZ melaporkan, kemalangan dahsyat itu berlaku apabila kereta Porsche yang dinaiki Walker hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok sebelum terbakar dan meletup. Walker dan pemandu Porsche dipercayai kawannya, maut di tempat kejadian.

Menurut pengendali Facebook aktor terbabit, Walker ketika itu dalam perjalanan pulang dari menghadiri majlis amal yang diadakan organisasi dinaunginya iaitu Reach Out Worldwide yang sedang mengumpul dana bagi membantu mangsa Taufan Haiyan yang melanda Filipina bulan lepas. – MyNewsHub


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...